? ??????????????Miss Daisy? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (5 Ratings)??15 Grabs Today. 6966 Total Grabs. ???
???Get the Code?? ?? ?????Skin Deep? ????? ?????? ???Rating: 4.5 (2 Ratings)??13 Grabs Today. 2358 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????The Earth Laughs? ????? ?????? ???Rating: 4.3 (6 Rat CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Monday, May 11, 2009

RENUNGAN BUAT HAMBANYA.....

Dalam Kita Melangkah, Terkadang Kita Diuji Dengan Ujian yang Terasa Berat Hingga Kita Terduduk dan Menangis... Peritnya Amat Terasa...



Tetapi Ketahuilah dan Renungilah Kembali Dalam Diri Kita Kerana Mungkin Airmata Ketika itu Adalah Kerana DIA Mahu Kita Menjahit Semula Sejadah Iman yang Kian Terkoyak Lantaran Ada Langkah-langkah yang Tersasar dek Kesilapan Sendiri.



Semoga Kita Sentiasa Tabah dan Ditetapkan Iman..

Sesungguhnya Manusia itu Tidak Sempurna...

Renung-renungkan dan Selamat Beramal...

Tuesday, April 21, 2009

BEBERAPA PENEMUAN SAINTIFIK BERKAITAN WUDHU'..

1.Apabila air dingin melalui tubuh yg letih ia mampu melancarkan peredaran darah membuatkan tubuh lebih segar.

2.Air dingin meningkatkan keupayaan sel darah putih dalam tubuh serta meningkatkan sistem pertahanan tubuh melawan virus.

3.Berwuduk di waktu pagi meningkatkan produktivit hormon estrogen sekaligus meningkatkan tahap kesuburan.

4.Boleh memperbaiki jaringan kulit dan buat kuku lebih sihat dan kuat..

5.Air dingin pada waktu pagi mampu menghasilkan ion2 negatif yang boleh meneutralkan darah dan membantu menyerap oksigen dengan lebih optimal sehingga wajah kelihatan lebih cerah dan berseri.

Sunday, April 19, 2009

~ kisah katak ~

Pada suatu hari ada segerombolan katak-katak kecil yang berlumba lari. Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi.

Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberi semangat kepada para peserta…

Perlumbaan dimulai…

Secara jujur:
Tak satupun penonton benar2 percaya bahwa katak2 kecil akan mencapai puncak menara.
Terdengar suara:
“Oh, jalannya terlalu sukar!!
Mereka TIDAK AKAN sampai ke puncak.”
atau:
“Tidak ada kesempatan untuk berhasil…Menaranya terlalu tinggi…!!

Katak2 kecil mulai berjatuhan. Satu persatu…
….. Kecuali mereka yang tetap semangat menaiki menara perlahan- lahan semakin tinggi…dan semakin tinggi..

Penonton terus bersorak

“Terlalu sukar!!! Tak seorangpun akan berjaya!”

Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah…
…..Tapi ada SATU yang melanjutkan hingga semakin tinggi dan tinggi…
Dia tak akan menyerah!

Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali satu katak kecil yang telah berusaha keras menjadi satu-satunya yang berhasil mencapai puncak!
SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya?

Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berhasil menemukan kekuatan untuk mencapai tujuan?

Ternyata…
Katak yang menjadi pemenang itu PEKAK!!!!



Kata bijak dari cerita ini adalah:


Jangan dengar orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis…

…kerana mereka mengambil sebagian besar mimpi kita dan menjauhkannya dari kita.

Selalu fikirkan kata2 bertuah yang ada.

Kerana segala sesuatu yang kita dengar dan baca boleh mempengaruhi perilaku kita.


Kerana itu:

Tetaplah selalu….

THINK POSITIVE!


Dan yang terpenting:



Buat PEKAK jika orang berkata kepada kita bahwa kita tidak mampu menggapai cita-cita!


Selalulah berfikir:
I can do this!

Saya boleh!


Salam perjuangan kepada sahabat2 yg sedang/akan menduduki peperiksaan.

Semoga Allah mengurniakan kecemerlangan kepada kita semua. =)

3 HARI + 2 NAFAS = HIDUP

"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang Kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah Hari pertama semoga Hari yang kedua
Kita lebih baik kerana mungkin ajal Kita pada Hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
Adalah pemberian Allah secara percuma Dan
Carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
Nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
Nyawa Dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
Dan Kita hanya diyakinkan oleh keyakinan Kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula Ada 6 Dan apabila
Hilang salah satu daripadanya maka hilanglah IA.

Kelazatan Dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran Kita Dan untuk mendapatkannya
Terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
Dan puncaknya adalah SOLAT .. . Amat sukar untuk dipercayai
Bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
Umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
Tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,
Umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem .. .
Apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
Pada penerimanya .. . Lalu dia pun berkata
Setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda .. . Atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah Kita semestinya bersyukur
Atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada Kita .. .
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
Secara percuma untuk Kita berzikir mengingati~Nya
Setiap detik Dan ketika, hinggalah Kita kembali
Kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang .. .
Lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
Kita redha Dan Allah meredhai.

Semoga Kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa
. . Di dunia jua di akhirat kelak serta
Di dalam rahmat Allah s.w.t.

Friday, April 17, 2009

warkah buat sahabat...

Salam kepada ikhwah akhawat dan adik2...

semoga berada dalam keadaan lindungan hidayahnya...Sedikit tazkirah buat antum:Mari lewati lorong waktu, menyusuri jalan-jalan dunia yang penuh tipu daya bersama-sama. Langkahi perjalanan pagi, siang, petang dan malam, yang penuh liku, dengan persahabatan dalam keimanan. Di dunia ini, kita harus saling berpegangan tangan. Kita tak mungkin selamat mengarungi bahtera kehidupan yang sangat luas dengan ancaman badai fitnah ini, seorang diri. Kita tak dapat terlepas dari ancaman fitnahnya dengan hanya mengharapkan kemampuan sendiri. Kerana, kita diciptakan sebagai makhluk yang penuh kelemahan dan mudah terpedaya. “Dan diciptakan manusia itu dalam keadaan lemah.” (An-Nisa : 28)

Ikhwah, Akhawat dan adik-adik,

Kebersamaan dan persahabatan di jalan Allah lah yang akan mengantarkan kita menyelesaikan hidup dengan kebaikan. Persaudaraan, kebersamaan dan persahabatan di jalan Allah lah yang juga akan mengiringi kita pada kebahagiaan akhirat. Allah SWT memberitakan bahawa hanya persahabatan di atas dasar iman dan takwalah yang akan kekal abadi. “Teman-teman akrab pada hari itu (hari kiamat) sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.” (Az-Zukhruf : 67). Ibnu Kasir mengatakan, “Seluruh persaudaran dan persahabatan yang tidak berlandaskan kerana Allah pada hari kiamat nanti akan berubah menjadi permusuhan.” Begitu juga pesan Rasul SAW dalam haditsnya , yang menyebutkan bahawa kita akan dibangkitkan di hari kiamat bersama-sama orang yang kita cintai.Saudaraku se-Akidahku,Renungilah… Siapa orang yang kita cintai? Siapa orang-orang yang paling dekat dengan kita dalam menyusuri kehidupan ini? Siapa orang yang paling menghiasi ingatan kita? Siapa yang menemani langkah-langkah hidup kita? Orang solehkah dia? Mengajak pada kebaikan dan keredhaan Allah kah dia? Bayangkanlah persahabatan orang beriman di dunia yang kisahnya berlanjut hingga di akhirat, sebagaimana digambarkan oleh Ali bin Abi Talib RA.“Ada dua orang mukmin yang bersahabat dan berteman akrab. Salah seorang dari keduanya meninggal dunia terlebih dahulu dan ia mendapat berita gembira dari syurga. Ketika itu ia teringat akan teman akrabnya yang masih hidup di dunia lalu ia berdo’a : “Ya Allah, sesungguhnya fulan adalah teman akrabku, dia yang menasihatiku berlaku taat kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu. Dia yang mengajakku melakukan kebaikan dan mencegahku dari melakukan kemungkaran. Dia juga yang menyedarkanku akan pertemuan dengan-Mu.. Ya Allah jangan Engkau sesatkan dia sepeninggalku sampai Engkau perlihatkan padanya kenikmatan yang Engku berikan padaku dan sampai Engkau meredhainya sebagaimana Engkau redha kepadaku.”Maka Allah berkata padanya, “Pergilah. Seandainya engkau tahu yang Aku akan berikan kepadanya, niscaya engkau akan banyak tertawa dan sedikit menangis.” Sampai pada waktunya kemudian teman akrabnya itu meninggal dunia dan roh mereka bertemu di Syurga. Allah berkata kepada mereka, “Saling memujilah kalian kepada sahabat kalian.” Maka masing-masing mereka mengatakan, “Dia adalah sebaik-baik teman, sebaik-baik saudara, sebaik-baik sahabat…”Alangkah indahnya!…Pertemuan yang sangat menyanyat hati dan penuh kegembiraan. Mari kita mulai dari sekarang. Bersahabatlah dengan orang-orang yang mendekatkan kita pada redha-Nya… InsyaAllah.sekian

Wednesday, April 15, 2009


FPQS DINNER IN MEMORY..hu2

ADAM PIMPINLAH AKU ‘HAWA’

Adam! Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah hawa,temanmu yang kau pinta semasa kesunyian ketika di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan.

Adam! Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya pada akhir zaman. Itulah ketelitian Allah dalam urusanNYA. Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia dengan darah dan kacau-bilaulah suasana.Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.Buktinya, peristiwa Habil dan Qabil hingga zaman cucu-cicitnya. Jika begitu,maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam! Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Atau sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi aku risau dan gundah menyaksikan tingkah lakumu. Sejak dulu lagi aku sudah tahu bahawa aku mesti tunduk pabila menjadi isterimu.Namun, terasa beratpula untukku menyatakan isi hati.

Adam! Aku tahu, Al-Quran ada menyatakan kaum lelaki memimpin kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku. Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar aku sentiasa dalam redha Allah. Tapi, aku dan kaumku kini telah ramai menderhakaimu. Menyimpang dari jalan yang telah disyariatkan. Allah perintah aku tinggal di rumah. Bukan berjalan-jalan di pasar atau bandar sewenang-wenangnya. Jika keluar pun, seluruh tubuhku mesti ditutup ikut syariat. Tapi, ramai Hawa yang melanggar batas-batas itu.

Adam! Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, jadi guru, menjaga dan mendidik anak-anakmu. Waktu yang sama aku mengurus dan mentadbir negara. Ke hutan memikul senjata. Padahal kau duduk saja. Ada di antara kaummu yang menganggur. Kau tidak seperti dulu lagi, Adam! Sudah hilangkah kasih sucimu padaku?

Adam! Marahkah kau jika kukatakan, “Andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung!” Mengapa begitu Adam? Orang kata , “Jika anak jahat emak bapak tak pandai didik. Jika murid bodoh, guru tak tahu mengajar!” Adam kau selalu kata, “Hawa memang degil. Tak mahu dengar kata. Tak mudah makan nasihat. Kepala batu”. Pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, “Apakah didikanmu padaku seperti didikan nabi SAW terhadap isyeri-isterinya? Adakah layanmu sama seperti psikologi baginda terhadap mereka? Adakah akhlak kaummu boleh menjadi ikutan kaumku?

Adam! sebenarnya kau imam dan aku makmum. Aku pengikutmu dan kau ketuaku. Jika kau benar, maka baiklah aku. Jika kau lalai, aku juga lalai. Kau punya kelebihan akal, aku pula kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku! Akalku satu nafsuku beribu. Oleh itu Adam! Pimpinlah aku dari kelalaian. Aku sering tergelincir kerana dorongan nafsuku dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah aku menghayati kalimah suci Allah. Dengarkan padaku kalimah Tuhanmu agar terang hidupku. Hembuskan roh jihad ke dalam hatiku agar aku menjadi mujahidah, kekasih Allah.

Adam! Seandainya aku masih lalai kerana sikapmu sendiri. Segan menuruti langkah para sahabat. Masih gentar mencegah mungkar. Maka, tunggu dan lihat, saat kehancuran dunia ini apabila kaumku yang memerintah. Kau akan malu Adam! Malu pada dirimu sendiri! Lebih teruk lagi, engkau malu dan bersalah pada Tuhanmu yang kau agungkan itu.