Pernakah dikau rasa bagaikan berputus asa..
Bila kesusahan terasa hidup terlalu payah..
Pelbagai persoalan menerjah..
Baru minta petunjuk hidayah..
Usah berputus asa..kerana ada rahmat disebaliknya..
yang tidak kita ketahui..dalam hidup terus la berdoa
pada Allah Pengasih, Pemurah dan Penyanyang..
Ya Allah,
saat aku menyukai seorang teman,
ingatkanlah aku bahawa akan ada sebuah akhir,
sehingga aku tetap bersama yang tak pernah berakhir,
Ya Allah,
ketika aku merindukan seorang kekasih..
rindukan aku kepada yang rindu cinta sejatimu..
agar kerinduanku terhadapmu semakin menjadi..
Ya Allah,
jika aku mencintai seseorang..
temukan aku dengan seseorang yang jua mencintaimu..
agar bertambah kuat cintaku padaMU..
Ya Allah,
ketika aku sedang jatuh cinta..
jagalah cinta itu agar tidak melebihi cintaku padaMu..
Ya Allah,
ketika aku melafaz kalimah 'aku cinta padamu'..
biarlah ku katakan kepada yang hatinya tertaut padamu..
agar aku tidak terjatuh dalam lembah cinta yang bukan keranaMu..
amin Ya Robbal'alamin..
0 comments:
Post a Comment